Mungkin ada yang terkejut mengapa saya membangkitkan isu yang agak sensitif ini. Namun kita perlu menerima realiti dan tidak boleh untuk kita menyembunyikan fakta yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada kaum Muslimin. Adakah wajar untuk kita hanya menyebutkan beberapa hal lalu memadamkan hal-hal yang lain di dalam Islam untuk sampai kepada manusia ? Sedangkan semua nas-nas itu bertujuan untuk menyeimbangkan psikologi manusia apabila habuan seperti seks di syurga ditawarkan kepada orang-orang yang beriman.
Kaum kafir itu mempersendakan Islam kerana menggambarkan syurga itu seolah-olah tempat terjadinya pesta seks dan mereka menganggap perkara itu merupakan perlanggaran moral di tempat yang suci. Kita katakan kepada kaum kafir adakah mereka itu layak bercakap demikian sedangkan mereka itu bersetubuh seperti keldai-keldai di atas muka bumi Allah sedangkan perkara itu dilarang oleh Allah ? Apa masalahnya jika Allah menawarkan keluasan seks di syurga sedangkan syurga itu tempat untuk mendapatkan nikmat tanpa batasan.
Ia hanya dianggap jijik dan tidak bermoral hanya kerana ketika di dunia manusia dibebankan dengan batas-batas syarak tertentu. Sedangkan di syurga bukan lagi tempoh pembebanan syariat sebaliknya tempoh untuk melunaskan segala keinginan manusia dan tempoh bersukaria semata-mata sebagai ganjaran dari Allah. Kita katakan kepada kaum kafir, adakah mereka tidak menganggap seks itu suatu yang nikmat dan suatu yang penting untuk manusia sehingga dia memandang serong perlakuan seks yang meluas di syurga ? Jika mereka tidak sukakan seks di syurga, mengapa pula Allah ciptakan organ kemaluan dengan deria-derianya ? Apa perbezaan antara memuaskan organ lidah dalam pemakanan dan memuaskan organ kelamin dalam seksual ?
Kedua-duanya saya katakan adalah nikmat yang fitrah untuk manusia cuma lisan dan kemaluan itu dibebankan dengan batasan-batasan syarak hanya di dunia sahaja. Kita tidak boleh memakan yang haram dan tidak boleh melakukan persetubuhan secara haram ketika berada dalam tempoh taklif ( pembebanan ) di dunia. Adakah kaum kafir tidak mahu kepada tawaran yang maha indah di syurga itu ? Jika seluruh manusia bersepakat seks itu antara satu nikmat terbesar dalam sekian banyak nikmat, maka tidaklah syurga itu dinamakan syurga jika tidak wujudnya kenikmatan seksual di sana. Jika mereka tidak mahu menerima tawaran ini, maka mereka itulah kaum yang rugi dengan kerugian yang besar sedangkan mereka itu akan diazab di neraka manakala ahli syurga begitu sibuk dengan kenikmatan.
Setelah saya membaca sebahagian teks dari kitab Bidayah Wan Nihayah dari Ibnu Katsir maka saya ingin sampaikan khabar gembira ini kepada mereka yang berpenat lelah memburu rahmat Allah ketika di dunia. Jika kita mengaku bahawa seks itu merupakan nikmat yang besar kurniaan Allah, maka lihatlah tawaran berikut untuk menguatkan ketaqwaan kita kepada Allah :
Menurut Riwayat Abu Daud Ath-Thayalisi dari Anas RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Seorang mukmin dalam syurga diberi kekuatan sekian dan sekian lelaki. Saya ( Anas ) berkata , " Ya Rasulullah, kuatkah dia melakukan itu ? ". Rasulullah menjawab , " Dia diberi kekuatan seratus ( orang lelaki ). [ Riwayat Abu Daud At Thayalisi dalam musnadnya 2/242 ]
Mengapa memerlukan kekuatan 100 lelaki ?
At-Thabrani meriwayatkan dari Abu Hurairah RA : " Pernah ditanyakan, " Ya Rasulullah, adakah orang lelaki melakukan persetubuhan di dalam syurga ? " - dan dalam riwayat lain, " Apakah kita menyetubuhi isteri-isteri kita ? ". Rasulullah menjawab , " Demi Allah yang menggenggam jiwaku, sesungguhnya seorang lelaki dalam satu pagi benar-benar menyetubuhi seratus perawan ". [ Hadis riwayat Al Haithami, Al Bazzar , Qurtubi dan Ibn Majah ]
Al Hafiz Dhiya' mengatakan : " Menurutku hadis ini sesuai syarat sahih ".
Maka tidakkah kita bersyukur dengan nikmat luar biasa yang ditawarkan oleh Allah yang maha permurah apabila seseorang menyetubuhi seratus perawan hanya dalam satu pagi ? Jika Allah menjadikan seks itu sebagai nikmat yang besar di atas muka bumi milikNya, maka menjadi hak Allah untuk memberikan nikmat itu berlipat kali ganda di syurga yang turut menjadi milikNya.
Jika kita merenung kepada Surah Yasin ayat 55 dan 56 ada menyebut:
إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلالٍ عَلَى الأرَائِكِ مُتَّكِئُونَ
" Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin. "
Ibnu Mas'ud , Ibnu Abbas dan ramai para mufassir yang lain mengatakan, bahawa kesibukan ( شُغُلٍ ) penghuni syurga pada ayat ini, yang dimaksudkan ialah membedah keperawanan ( persetubuhan ).
Maka mengapa nikmat yang besar ini tidak diwar-warkan kepada kaum Muslimin agar mereka bersemangat untuk memburu syurga ? Ketahuilah segala ayat Quran dan Hadis serta saranan-saranannya bukanlah suatu yang perlu dipinggirkan kerana setiap perkara itu ada faedah psikologinya kepada manusia. Ketahuilah wahai orang-orang beriman, jika anda bersabar memburu syurga ketika berada di dunia, maka kematian anda merupakan saat bermulanya segala nikmat dan kesenangan. Jika anda ditakdirkan untuk menjadi ahli syurga, maka bermulalah episod nikmat yang tidak terbatas setelah malaikat maut mencabut nyawa anda. Manakala orang yang kafir dan jauh dari agama pula kematian mereka merupakan satu perjalanan menuju kepada kesengsaraan dan nikmat-nikmat yang mereka rasai ketika di dunia hanya tinggal kenangan.
Wallahua'lam.
Rujukan hadis dan tafsiran surah : Bidayah Wa An-Nihayah karya Al-Hafiz Ibn Katsir RH
SUBHANALLAH,,inilah diantara nikmat syurga yg berkekalan janji ksenangannya tanpa sedetik pun rasa bosan dirasai pada stiap hamba2 yg lulus ujian tuhann rabbnya kenikmatan jannahnya,,maha beruntunglah hamba2 yg mndapat redha ganjaran zat tuhann pncipta segala ssuatu,,aminn
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBarangsiapa yang merasa dirinya layak untuk syurga Allah, maka sesungguhnya dia telah ditimpa bencana " ghurur " (tertipu dengan diri sendiri). Kerana pada hakikatnya, perkara yang layak bagi kita bukanlah bidadari-bidadari syurga yang cantik rupawan, tapi azab sengsara yang tidak terperi sakitnya kerana beberapa patah perkataan yang kita sebarkan, namun tidak kita amalkan dengan sesungguhnya.
ReplyDeleteBila kita mula beristiqamah dalam bertahajjud pada malam hari, berdiri di hadapan Allah sambil membaca al-Qur'an dengan penuh kelazatan dan kenikmatan, sehingga mengalirkan air mata, maka kelazatan dan kenikmatan bersama dengan bidari syurga itu akan menjadi milik kita. Tapi seandainya tidak, jauh sekali sangkaan kita bahawa kita layak untuk mendapatkannya dan sesiapa yang merasa dirinya layak mendapat syurga Allah, maka dia telah ditimpa salah satu daripada bencana " ghurur " (tertipu).
Para solehin yang hidup di zaman terdahulu kala mengubah seluruh cara kehidupan mereka, cara berpakaian, cara makan, minum, tidur dan seluruh mu'amalat, mu'asyarat dan akhlak mereka dijadikan sepenuhnya mengikuti mazhab Rasulullah. Kemudian, mereka berjihad di medan perang dengan senjata, memberi makan kepada anak-anak yatim, mencintai para fakir miskin, dan Allah pun meletakkan mereka pada tingkatan kelayakan untuk mendapatkan bidadari-bidadari syurga-Nya yang rupawan.
Allah Maha berkehendak.Sesiapa sahaja boleh masuk syurga dengan rahmat Allah.Kita tidak akan tahu pengakhiran kita :)
ReplyDeleteSaya ingin bertanya.Terdapat sebahagian orang Kristian percaya Yang seks di dalam syurga ini menjijikkan.mereka menggunakan alasan yang Syurga ini tempat yang suci dan tempat untuk beribadah kepada tuhan seperti malaikat.Saya tidak tahu untuk membalas pernyataan mereka itu.Mohon pencerahan.Terima kasih
DeleteDiriku memang tidak layak untuk ke syurga Allah tetapi aku berharap aku akan memilikinya.
ReplyDeleteOrang kafir memang buta dan rugi kerana mereka tidak tahu mana yang lebih lagi.
1.Penulis terlalu tengok porn sebab tulah ingat semua non muslim bersetubuh macam binatang.
ReplyDelete2.Tuhan bagi kelamin untuk di dunia memang untuk beranak pinak dan nikmat untuk suami isteri lagi pula untuk membuang bahan buangan dalam badan,kalau di syurga benda tu kenapa harus ada,Tuhan yang maha besar boleh buat berjuta cara untuk memberi nikmat kepada umat dia kenapa harus sex.
Kan, in fact kisah ni ada di serata Internet di mana kaum lelaki bercerita indahnya seks di syurga bagai haiwaniah. Semuanya berunsur duniawi & lucah. Bayangkanlah di negara Malaysia kini semakin banyak lelaki berzina & curang, lepastu ramai yang komen "lelaki takda istilah curang, kami dibolehkan kahwin 4" itupun dah menunggang agama. Like boleh je lucah bagi lelaki sebab Allah bagi nikmat walau curang boleh kahwin 4 wah pastu buat "baik" di dunia dapat lagi memuaskan nafsu di syurga. Wah wah, pastu perempuan? Kalau melawan suami demi pertahankan diri, dicakapnya bini takkan masuk syurga, patutlah ramai perempuan kat neraka, and perempuan perlu jadi sebaik-baik bidadari, bertutup litup longgar, patuh macam robot kepada suami, pastu di syurga hanya dapat emas & permata & perlu melihat suaminya melakukan pesta seks dengan berpuluh-puluh beratus-ratus bidadari selamanya???? This is so weird, saya rasa sampai eh ini ke agama yang aku sayang selama ni dari lahir sampai sekarang, but now banyak lelaki yang cerita kisah ni di seluruh internet kalahkan porn orang luar negara.. Saya harap satu hari nanti ada orang yang betul² pandai ilmu agama untuk selongkar & tafsir kan apa sebenarnya dalam alquran & hadis yang benar. Sebab ya lah, Islam memang perfect, tapi muslim (& mana² manusia bangsa agama apa sekalipun) mana ada yang perfect, semua pendosa, takda yang maksum macam nabi, so it's make sense kalau fitnah berleluasa. But WHAT IF, ini bukan fitnah, this is truly Islam???? Macam mana nak cari agama yang benar² "agama suci & sempurna" kalau selama ni kita fikir Islam lah yang benar? Secara jujur, hati ni sangat takut memikirkan isu ni
DeleteAllah s.w.t berkuasa atas segala sesuatu.
ReplyDelete